Welcoming Remarks

WELCOMING REMARK

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA,

Dalam tahun 2018, saya telah diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai pengerusi UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. Sepanjang tempoh tahun 2018, perlbagai cabaran yang telah dilalui oleh UMTJ sebagai sebuah syarikat milik penuh Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Bermula dengan kemasukan baru ketua pegawai eksekutif, perubahan struktur organisasi syarikat, penambahan ahli lembaga pengarah, kemasukan ketua jabatan, pembangunan pelan perniagaan strategik syarikat untuk tempoh 8 tahun, pengenalan polisi dan sistem tadbir urus yang baru, pengenalan logo syarikat, pertukaran setiausaha syarikat hingga kepada pertukaran juruaudit syarikat telah dilakukan bagi menterjemah pelan-pelan tindakan kepada keputusan kewangan yang lebih baik.

Alhamdullilah, disebalik perkembangan ekonomi tempatan yang berada pada kadar 5.4% pada tahun 2018, UMTJ berjaya mencatat keputusan yang cemerlang. Antara pencapaiannya yang terbaik adalah mencatat keuntungan yang tertinggi dalam sejarah penubuhannya, dapat memadamkan kerugian kerugian yang terkumpul dan dapat memperkukuhkan nilai tabung pemegang sahamnya.

Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah hati ingin memaklumkan pemberian dividen pertamanya kepada UMT pada kadar sebanyak 0.005 sen bagi setiap saham untuk tempoh tahun kewangan 2018. Walaupun angka pemberian ini adalah kecil tapi ia nya adalah titik mula komitmen UMTJ kepada universtiti di tahun-tahun mendatang, insyallah.

Pun begitu, di tahun 2018 juga, syarikat telah membuat satu keputusan perniagaan yang sukar dengan menutup operasi penternakan udang yang di usahakan oleh anak syarikat UMTJ iaitu Akuatrop Sdn Bhd. Disebalik keputusan tersebut, kami merancang untuk merancak dan menaikkan kembali Akuatrop Sdn. Bhd. Sebagai sebuah syarikat akuakultur yang berjaya dengan memperkenalkan inisiatif baru yang lebih berdaya maju.

Berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk ekonomi yang ada, Malaysia dijangka akan meneruskan momentum pertumbuhan positif. Langkah kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif baru akan memberi kesan pertumbuhan ekonomi. Justeru itu, beberapa projek telah dirancang selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang akan dilaksanakan pada tahun 2019.

Seterusnya Ahli Lembaga Pengarah, ingin merakam setinggi penghargaan kepada Ybhg Dato’ Abdul Aziz Bin Mohamed, mantan Pengerusi UMTJ, yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 31hb Julai 2018. Kami mendoakan segala kejayaan dalam apa bidang yang di ceburinya. Syarikat juga mengucapkan selamat datang kepada Ybrs En. Mohd Nor Shokri Bin Abdul Rahman sebagai Ahli Lembaga Pengarah baru pada 22hb jun 2018 dan Ybhg Dato’ Wan Ezrulnizan Bin Khalil juga sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang baru pada 1hb September 2018. Saya mengharapkan kehadiran anggota baru dapat memberi warna dan nafas baru kepada struktur lembaga pengarah UMTJ.

Bagi pihak ahli lembaga pengarah, saya ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada UMT kerana sokongan padu serta keyakinan berterusan ke atas keupayaan syarikat. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada pengurusan dan kakitangan di atas dedikasi kerja dan komitmen yang telah di tunjukkan dalam pencapaian keputusan kewangan dan memastikan kejayaan syarikat. Tidak lupa juga penghargaan kepada rakan-rakan niaga syarikat dalam kerjasama yang diberikan.

Saya berdoa supaya UMTJ terus maju dan sentiasa cemerlang.
Amin.

DATO' HJ. ABDUL JAMIL BIN MURSHID
Pengerusi UMT Jaya Holdings Sdn Bhd